Friday, September 26, 2014

KEMBALI~



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat Admin sekalian. Alhamdulillah..Admin masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di dunia ini dan kira-kira sudah 2 tahun berlalu setelah meninggalkan blogger ini. Sedar atau tidak, masa berlalu terlalu pantas ibarat pancaran kilat dan kehidupan Admin tidak lagi seperti di alam persekolahan. Kini, setelah menjangkau umur 18, Admin bersyukur walaupun hanya dapat melanjutkan pelajaran ke Astin College yang mana institusi ini ditubuhkan hasil usahasama badan-badan Universiti kerajaan khususnya di bawah Universiti Sains Malaysia, Admin berasa lega kerana dapat memiliki gelaran “student” hingga kini.

          Jika ditelusuri dengan mendalam lagi, bukan mudah bagi remaja membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan. Hal ini diketahui apabila dibuat bancian hasil titik peluh Admin yang mana, anak bangsa kini lebih gemar menceburi bidang pekerjaan berbanding belajar di menara gading kerana mereka menganggap menyambung pelajaran adalah suatu perkara yang sukar untuk dilalui disebabkan oleh subjek yang lebih mencabar. Mereka juga ingin bekerja kerana mahu mencari pendapatan lebih untuk memiliki alat-alat gajet yang serba moden. Perkara ini tidak asing lagi kerana kemajuan sains dan teknologi yang berkembang di Negara kita telah melahirkan sumber mekanisme canggih seperti Iphone 6, Ipad dan komputer riba yang sering menjadi ketagihan para generasi Y.               

 http://sim-unlock.net/foto/13_17_28_IPHONE6i6plus.jpg    
    Gambar di atas merujuk kepada Iphone 6 yang popular di kalangan belia kini.



Ingatlah wahai sahabat bahawa janganlah sesekali kita  alpa dengan urusan duniawi tanpa memikirkan perkara yang akan berlaku di alam ukhrawi yang kekal abadi. Maksudnya, dalam kesibukan bekerja mahupun yang melanjutkan pelajaran, janganlah kita lupa perintah oleh Allah bagi yang beragama Islam. Admin juga ingin menasihati diri sendiri agar kita sama-sama memperoleh manfaat dan perutusan yang cemerlang di akhirat kelak. Tidak banyak yang ingin disampaikan sebenarnya tetapi berpesan-pesanlah kepada sahabat yang lain untuk memperbaiki akhlak diri agar tidak tersesat di kemudian hari. Sekian…

"Yang baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang lemah itu datang dari Admin  sendiri..." ^_^                           

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZzUfwbgzbP7wGJJJq0Lla0T4Jv1YwEydO74fuFig9DvrfcwNAaUYOipVeWbYdVu1D-IOdRvva2RgaBFdV9_-u_ZudRzHhfopT8OE36vEDMDTjHy3K30f6VhlLjMszQpM4vCtmUPG4sng/?imgmax=800