Friday, September 26, 2014

KEMBALI~



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat Admin sekalian. Alhamdulillah..Admin masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di dunia ini dan kira-kira sudah 2 tahun berlalu setelah meninggalkan blogger ini. Sedar atau tidak, masa berlalu terlalu pantas ibarat pancaran kilat dan kehidupan Admin tidak lagi seperti di alam persekolahan. Kini, setelah menjangkau umur 18, Admin bersyukur walaupun hanya dapat melanjutkan pelajaran ke Astin College yang mana institusi ini ditubuhkan hasil usahasama badan-badan Universiti kerajaan khususnya di bawah Universiti Sains Malaysia, Admin berasa lega kerana dapat memiliki gelaran “student” hingga kini.

          Jika ditelusuri dengan mendalam lagi, bukan mudah bagi remaja membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan. Hal ini diketahui apabila dibuat bancian hasil titik peluh Admin yang mana, anak bangsa kini lebih gemar menceburi bidang pekerjaan berbanding belajar di menara gading kerana mereka menganggap menyambung pelajaran adalah suatu perkara yang sukar untuk dilalui disebabkan oleh subjek yang lebih mencabar. Mereka juga ingin bekerja kerana mahu mencari pendapatan lebih untuk memiliki alat-alat gajet yang serba moden. Perkara ini tidak asing lagi kerana kemajuan sains dan teknologi yang berkembang di Negara kita telah melahirkan sumber mekanisme canggih seperti Iphone 6, Ipad dan komputer riba yang sering menjadi ketagihan para generasi Y.               

 http://sim-unlock.net/foto/13_17_28_IPHONE6i6plus.jpg    
    Gambar di atas merujuk kepada Iphone 6 yang popular di kalangan belia kini.



Ingatlah wahai sahabat bahawa janganlah sesekali kita  alpa dengan urusan duniawi tanpa memikirkan perkara yang akan berlaku di alam ukhrawi yang kekal abadi. Maksudnya, dalam kesibukan bekerja mahupun yang melanjutkan pelajaran, janganlah kita lupa perintah oleh Allah bagi yang beragama Islam. Admin juga ingin menasihati diri sendiri agar kita sama-sama memperoleh manfaat dan perutusan yang cemerlang di akhirat kelak. Tidak banyak yang ingin disampaikan sebenarnya tetapi berpesan-pesanlah kepada sahabat yang lain untuk memperbaiki akhlak diri agar tidak tersesat di kemudian hari. Sekian…

"Yang baik itu datang dari Maha Pencipta, Yang lemah itu datang dari Admin  sendiri..." ^_^                           

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZzUfwbgzbP7wGJJJq0Lla0T4Jv1YwEydO74fuFig9DvrfcwNAaUYOipVeWbYdVu1D-IOdRvva2RgaBFdV9_-u_ZudRzHhfopT8OE36vEDMDTjHy3K30f6VhlLjMszQpM4vCtmUPG4sng/?imgmax=800                

Monday, March 19, 2012

KIMIA...

MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA



        Apabila disuruh menulis persamaan kimia bagi suatu tindak balas, pelajar-pelajar biasanya akan cuba menceraikan huruf-huruf dalam formula yang diberikan dan cuba menyusun atau mengabungkan semula huruf-huruf tersebut untuk menghasilkan sesuatu "formula" yang mereka sendiri pun tidak faham.

       Misalnya apabila diminta menulis persamaan bagi tindak balas antara asid sulfurik cair dengan natrium hidroksida, pelajar-pelajar mungkin memberikan jawapan seperti berikut.
HSO4 + NaOH -> NaSO4 + H2O
H2SO4 + NaOH -> NaO4 + H2SOH

      Pelajar-pelajar yang membuat demikian disebabkan mereka tidak faham atau tidak tahu langsung tentang peraturan untuk menulis persamaan kimia.


PERATURAN UNTUK MENULIS PERSAMAAN KIMIA
1. Meramalkan hasil tindak balas
eg, Asid + Alkali -> Garam + air
maka,
asid sulfurik cair (asid) + natrium hidroksida (alkali) -> natrium sulfat (garam) + air
Sekiranya anda tidak ada pengetahuan langsung tentang sesuatu tindak balas, maka adalah tidak mungkin untuk meramalkan apakah hasil tindak balas itu. Seterusnya anda tidak dapat menulis persamaan kimia tindak balas tersebut.
2. Menulis formula yang betul
(a)
Setiap unsur, molekul, sebatian atau ion mempunyai formula yang tersendiri. Formula tersebut adalah tetap dan tidak boleh diubah.
Eg, formula bagi natrium hidroksida ialah NaOH, maka anda tidak boleh menulis formulanya sebagai NaH, NaOOH, Na(OH)2 dan sebagainya. Anda perlu menghafalkan formula bagi beberapa unsur, molekul dan ion yang umum.
(b)
Formula bagi sebatian ionik
Jumlah cas dalam formula bagi sesuatu sebatian ionik adalah neutral. Jadi kita boleh menentukan formula bagi sesuatu sebatian ionik, misalnya magnesium klorida, seperti berikut.
Magnesium klorida
Mg2+ Cl- <----- Tuliskan formula bagi setiap ion.

1 2 Tuliskan bilangan cas secara bersilang

MgCl2<----------- Jadi formula tersebut terdiri daripada 1 ion Mg2+ dan 2 ion Cl- .

Perhatian :
• Nombor yang mewakili bilangan ion ditulis pada sebelah kanan, di bahagian bawah ion tersebut. • Nombor 1 tidak perlu dituliskan.
•Misalnya, Na2 SO4 (2 ion natrium dan 1 ion sulfat) Al2O3 (2 ion Aluminium dan 3 ion oksigen) Ba(OH)2 (1 ion barium dan 2 ion hidroksida)
3. Menulis persamaan kimia yang seimbang.
asid sulfurik + natrium hidroksida -> natrium sulfat + air
H2SO4 + NaOH -> Na2SO4 + H2O
•Persamaan tadi belum lengkap. Suatu persamaan mesti seimbang, iaitu jumlah atom setiap unsur di sebelah kiri mesti sama dengan yang di sebelah kanan.
•H2SO4 + NaOH -> Na2SO4 + H2O
•(kiri =1 Na) (kanan = 2 Na) Tidak seimbang
•Jadi, tambahkan 2 di depan NaOH supaya bilangan Na sama dengan bilangan Na di sebelah kanan dan semak bilangan atom bagi setiap unsur semula.
•H2SO4 + 2 NaOH -> Na2SO4 + H2O
(kiri = 2 H + 2 H = 4 H) (kanan = 2H) Tidak seimbang
•Tambahkan 2 di depan H2O dan semak bilangan atom bagi setiap unsur semula. Anda akan mendapati persamaan sudah seimbang.
•H2SO4 + 2 NaOH -> Na2SO4 + 2H2O
•Semak :
Unsur Kiri Kanan
H 4 4
S 1 1
Na 2 2
O 6 6
•Sesuatu persamaan kimia yang seimbang perlu juga dilabelkan keadaan fiziknya . Berikut ialah beberapa simbol yang digunakan.
•Pepejal (p), Cecair (ce) , Gas (g) , Larutan akueus-- ak
•Maka, persamaan kimia yang lengkap bagi tindak balas di antara asid sulfurik dan natrium hidroksida ialah :
•H2SO4(ak) + 2 NaOH(ak) -> Na2SO4(ak) + 2H2O(ce)
~TAMAT~


Terima kasih kepada pembaca yang membaca blog saya yang tak seberapa ini....Sekian ^_^ ^_^ ^_^

Saturday, October 23, 2010

SEJARAH CUBE

   1.Permainan rubik’s pertama kali ditemukan pada tahun  1974 di Hungaria oleh Profesor Erno Rubik.Pada awalnya permainan ini disebut Magic Cube.Mengapa disebut magic cube?perhatikan gambar di bawah:


Ini merupakan contoh gambar magic cube 3x3x3.Dahulu kubus ajaib ini sangat menakjub masyarakat dunia.Kubus ajaib ini dapat diselesaikan sehingga menghasilkan warna yang sama dengan 6 warna yang berbeza (merah,oren,biru,hijau,kuning,putih).Namun ramai menyebut permainan ini adalah Rubik’s.

2.Pada tahun 1974,gambar magic cube pertama kali bukanlah seperti gambar diatas,ia juga seperti gambar di bawah:



Gambar diatas, merupakan gambar magic cube pertama kali yang dibuat oleh Prof.Erno Rubik.Namun pada tahun 1980, magic cube ini telah dipasarkan & dijualkan ke beberapa Negara.Permainan ini sangat popular di kalangan masyarakat,sehingga ramai orang yang mencuba untuk menyelesaikan permainan ini dengan menggunakan rumusan matematik.Hingga saat ini,pemecah rekod dunia telah dipegang oleh Erik Akkersdijk dengan waktu 7.08 saat untuk rubik’s 3x3x3.

Contoh lain jenis cube yang dipasarkan ialah seperti dibawah:







Wednesday, October 20, 2010

Pembelajaran

Asalamualaikum dan selamat sejahtera…….

Tajuk matematik yang penulis paling gemari ialah “solid geometry” kerana banyak kira-kira yang perlu dijumlahkan.Selain itu tajuk ini memerlukan banyak formula yang perlu difahami.

Kita perlu menguasai matematik kerana ia akan menjamin masa depan yang cerah.Pada masa yang sama,penulis cukup risau tentang PMR yang akan diadakan tidak lama lama lagi….

Penulis yang masih remaja ini akan sentiasa tidak mengabaikan atau tidak meminati setiap matapelajaran yang diadakan sehingga sekarang terutama matematik yang agak kurang pelajar minati.
Pelajar harus tahu bahawa tidak semua matematik adalah pelajaran yang susah.

Matematik adalah pelajaran yang menguji I-Q pelajar untuk mengetahui perspesifik yang lebih mendalam lagi.